sudah berpurnama tiada khabarnya
sibuk meneruskan kehidupan dunia
meniti waktu berdetik laju
mengharap segalanya baik selalu
aku disini terbang tinggi
mencari arah yang tidak pasti
melihat segala membuta tuli
terus mencari dan mencari
terjatuh aku dari lamunan
melihat kehidupan yang aku ikutkan
bukan senang membuat pilihan
harus teliti menggunakan fikiran
teringat aku masa kecilku
bercita cita ini dan itu
tapi kini aku terpaku
setiap kali ditanya begitu
berjalan aku beribu batu
sambil cuba memecah buntu
tapi aku masih tak tahu
apa sebenarnya yang aku mahu
bulan terang menyuluh jalan
melangkah terus aku berjalan
aku cuba memandang kehadapan
wahai Tuhan berikan ku jalan
gelap sungguh hati ini
dibasuh sudah berkali kali
masih hitam bontot kuali
ditonyoh tonyoh takkan suci
sudah aku tidak mampu
seharian fikiran tak menentu
memikirkan masa depanku
kembalilah aku ketanah airku
tenang melihat wajah ibu
tersenyum gembira menyambut aku
kupeluk cium bertalu talu
ouhhhh sungguh aku rindukan ibu
bergelinang jatuh air mataku
hati yang hitam menjadi sayu
setelah lama keras membatu
tetapi layu dalam dakapan ibu
pulanglah aku kerumah ibu
yang dulunya kayu kini batu
berjumpa aku ketenangan itu
setelah hilang beribu batu
semangatku kini disisi
aku bukan muda lagi
tiba masanya tidak pentingkan diri
dan tiada lagi membuta tuli
tempuhi godaan dunia ini
akan aku bangkit berdiri
No comments:
Post a Comment