Friday 24 July 2020

CAHAYA

lama ditinggal kini kembali. aku menekan papan kekunci. perasaan yang dulu hampir mati. mungkin kini bernafas kembali.

aku sahaja cuba menyapa. tiada taruhan cuma bercanda. namun disahut penuh bernyawa. membuatkan aku lupakan lara.

CAHAYA datang tanpa diduga. menyuluh aku yang masih bingung. tidak kusangka bertemu juga. walau zahirnya sentiasa berusung.

sudah sekian hidup melara. tiba tersampuk permata bercahaya. meski permata belum berpunya. akan ku ikhtiarkan sedayanya

berdentum petir membawa berita. kilat menyambar laut bergelora. terpandang CAHAYA jiwaku meronta. kerana ketagihan belaian mesra

tidak ku duga akan penghujungya. kerana aku manusia biasa. masih mencari dan meminta. agar hidup ini kembali beRASA












Tuesday 5 December 2017

ripping the wound

you used to have goals and ambition. but now, one week youre chasing butterflies, the next week youre smoking all day long and being a bum.

       did it ever occur to you that i dont know what the fuck am i doing? Okay? im SCARED!!!
       look, my whole life ive been trying to please other people. so i feel like i dont know who
       the fuck am i or know what i want to do with my life.

you need a government job, like a mailman, something simple and repetitive.

       i spent 5 freaking years of my life doing nothing being trash and i hate my life. i dont wanna
       wake up in the next 5 years and still hate my life.

Wednesday 15 March 2017

si burung hantu

melihat kembali perjalanan hidup ini
dahulu begitu sekarang begini
tetapi ada satu perkara ini
masih aku tidak mengerti

insomnia
pabila malam menjelma
disaat manusia enak bermimpi
aku masih mencari
apa yang buat aku sukar bermimpi

bila aku bersendiri
datang satu perasaan ini
yang sangat sukar aku hindari
dan hampir mustahil untuk aku perjelasi
perasaan membuat aku tidak mampu bermimpi
seperti ada yang tidak kena tentang hidup ini
namun gagal aku rungkai
apa yang sebenarnya aku kehendaki
bagi menghilangkan perasaan tidak senang ini

tidak kira hari tidak kira waktu
masih tertanya tanya mengapa aku begitu
adakah aku si burung hantu?

Wednesday 22 February 2017

memori takkan hilang, walau cuba dibuang dipadam

dikala manusia masih bermimpi
bangkit aku menyapa yang abadi
bersama hati seperti belukar
mahu mencari kembali si akar

akar memanjang mencari nutrisi
begitu juga perangai si hati
menjalar mengikut suasana diri
terkadang tersembul menyadung kaki

terjelepuk jatuh menghempas bumi
bukan disengaja menyekang si kaki
jangan terlalu mendongak ke langit
nanti terbakar berasa perit

hening sungguh pagi yang sunyi
terbit fajar menyinsing mentari
tergerak hati menekan kekunci
setelah sekian lama terbiar menyepi

setelah terang burung pun mula terbang
sungguh riang mengepak berkicauan
membuatkan aku tibatiba rasa tenang
inilah nikmat berada di kampung halaman

kelihatan manusia memacu mencari rezeki
masing masing berpusu berlumba lari
agar nanti kehendak dapat dipenuhi
itulah norma kehidupan masa kini

terlentang aku sambil lengan menekut dahi
memandang awan berarak disebat angin
tibatiba terlintas wajah yang ingin dilupai
semakin jelas mengheret aku menggamit memori






Friday 29 April 2016

gembira, semua jiwa muhukannya,
tapi tak semua boleh milikinya,
mungkin milik kita buat sementara,
tapi takkan abadi selamanya,

terpana aku melihat kekosongan,
diam sunyi lagi sepi tersenyap pana,
fikiran melayang berbaring keseorangan,
papan kekunci menjadi wadah wahana,

sekian lama tak bermadah pujangga,
semakin aku amati kekok menyapa,
mendalam kufikiri tak timbul juga,
sudah berkarat tapi tidak mengapa,

Friday 19 February 2016

hujan lebat malam ini. jatuh berderai mengempap bumi. kupandang tembus menerusi tingkap. kilat menyambar wajahmu yang hinggap. 

bukan aku pinta kau kembali. menghantui aku setiba begini. tanpa sengaja wajahmu kembali. berlegar legar difikiranku ini. entah mengapa aku tak pasti. 

aku cuba alihkan perhatian. rokok disambar satu kunyalakan. supaya hilang kau dari fikiran. berkepuk asap aku hembuskan. sambil mengamati turunan hujan. hembusan demi hembusan aku teruskan. tetapi kehadiranmu masih aku nantikan. 

separuh mati aku nafikan. bahawa ini bukan yang aku inginkan. tetapi terpaksa aku akurkan. diceruk hati ini engkau dudukkan. memori silam datang menyapa. walaupun sungguh aku tak pinta. teringat kembali kisah lama. kulayankan saja buat seketika.

bulan dan bintang tak kelihatan. langit gelap penuh kepahitan. berhenti aku melayan perasaan. kerana perit tidak tertahan. akan aku mengejar kebahagian. walau tak kutahu mana jalan. kuserahkan saja pada yang Esa. sesungguhnya dia maha kuasa. 

Tuesday 2 February 2016

dikala malam gelap bulan hilang
hujan turun membasahi bumi
sudah hampir sebulan aku pulang
setelah sedemikian tidak berasa begini

pohon kelapa mendayu tinggi
jatuh sebiji menghempap bumi
semakin tenteram hatiku kini
setelah kembali menyembah ilahi

berjalan jalan mencari ubi
terpijak salak batang berduri
duduk dirumah makan tak henti
badanku kini kembali berisi

dikala petang penat berlari
mengejar bola sana dan sini
fikiranku kini waras kembali
menadah tangan tanda mensyukuri

bergema azan bersuara merdu
menandakan sudah masuk waktu
menyusun kembali keutamaanku
demi masa depan yang belum tentu

makan malam bersama ibu
perut kenyang sedawa bertalu
maaf ibu jikaku mengecewakanmu
keranaku sesat melupakanmu
akan aku balas segala jasamu
dengan sedaya upayaku
tidak akan aku lupakanmu
setiap kali fikiranku tak menentu
kerana kaulah yang terbaik buatku
dan kau jugalah teman baikku