Friday 19 February 2016

hujan lebat malam ini. jatuh berderai mengempap bumi. kupandang tembus menerusi tingkap. kilat menyambar wajahmu yang hinggap. 

bukan aku pinta kau kembali. menghantui aku setiba begini. tanpa sengaja wajahmu kembali. berlegar legar difikiranku ini. entah mengapa aku tak pasti. 

aku cuba alihkan perhatian. rokok disambar satu kunyalakan. supaya hilang kau dari fikiran. berkepuk asap aku hembuskan. sambil mengamati turunan hujan. hembusan demi hembusan aku teruskan. tetapi kehadiranmu masih aku nantikan. 

separuh mati aku nafikan. bahawa ini bukan yang aku inginkan. tetapi terpaksa aku akurkan. diceruk hati ini engkau dudukkan. memori silam datang menyapa. walaupun sungguh aku tak pinta. teringat kembali kisah lama. kulayankan saja buat seketika.

bulan dan bintang tak kelihatan. langit gelap penuh kepahitan. berhenti aku melayan perasaan. kerana perit tidak tertahan. akan aku mengejar kebahagian. walau tak kutahu mana jalan. kuserahkan saja pada yang Esa. sesungguhnya dia maha kuasa. 

No comments:

Post a Comment