Tuesday 23 December 2014

sesudah tersesat dalam khayalan. sesudah jauh engkau menyimpang. sesudah segalanya engkau telan. sesudah kehidupan mula tak tenang.

barulah sekarang engkau sedarkan diri? barulah engkau mahukan kepangkal jalan? barulah mahu mencari erti kehidupan ini? barulah engkau bangkit dari khayalan?

dahulu engkau tidak begini. naif berfikiran secetek perigi. setelah kegagalan menghantui diri. kini engkau mahu kembali.

kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. kalau ilmu masih serendah akal jangan engkau terus berpurapura.

ikutkan hati engkau mati. teguhkan iman didada. jika kaki masih tidak mampu berdiri. jangan engkau cuba berlari.

bangkit aku dari lenaku. jauh sungguh khayalanku ini. membawa aku ke cerok buntu. tetapi aku masih tidak sedarkan diri.

mencari sesuatu yang tak pasti. meredah dengan membuta tuli. kau telan sahaja apa dihadapmu ini. layaklah engkau sesat sebegini.

hatiku hitam mati bontot kuali. kulari dari segala pegangan abadi. mencabar kekuasaan sipenciptamu ini. sesungguhnya dia maha mengetahui.

iringan doa ibumu tidak pernah henti. cuba menarik aku kembali disisi. terlantar kepalaku menyembah bumi. mujur ada orang tua ku ini. aku mahu sedar kembali. tidak lagi mahu bermimpi. berkhayal lupakan diri. terima kasih ibu kerana sentiasa disisi. tidak kira sejauh mana aku sudah berlari. engkau masih setia menemani. tangisan aku sukar berhenti. kasihmu memang seutuh infiniti. kembalilah anakku kepelukan ku ini. sekeji mana jalan kau lalui. sipenciptamu masih memaafi. pokoknya engkau perlu sedar sendiri.