Thursday 29 October 2015

fairfarren

sudah tiba masa. sampai sudah ketikanya. kembali semula ke asalnya. dari mana datangnya. selamat tinggal teman di down under semua. empat tahun bersama. hampir tak mungkin lupakan segalanya. untung aku berteman rakan berhati mulia. walaupun kepala sedikit gila. mungkin aku yang menggilakannya. jasa teman semua tak dapat aku balas. hanya terima kasih dan doa bisa dilafas. agar berkat dunia akhirat.

Thursday 25 June 2015

sudah pejam tapi tak padam. 

Tuesday 31 March 2015

to my little brother

akan tiba pada bila bila masa,
bila jalan sudah tidak nampak terang,
bila jiwa sudah kering kontang,
bila hati sudah membatu,
tidak pecah atau membeku,
bila gembira rasa kering,
bila tenang jadi tak tentu,
pulang saja kau ke rumah itu,
di situ kau ingat tentang dirimu,
di rumah yang dulunya bertangga kayu,
milik ibu,
hatinya lembut seperti bayu,
matanya tajam tidak melulu,
anaknya pernah jadi 10,
ibunya tetap satu.

beautiful words from my beloved brother.

dulu  aku tak faham semua itu,
kini baru ku tahu apa maksudmu,
baru ku tahu jalan dunia berliku,
sesudah jatuh bertalu talu,
terima kasih wahai abangku,
kerana kau sentiasa disitu,
membimbing aku dalam peritku,
engkaulah abang terbaik buatku.

Sunday 29 March 2015

ini untukmu

masa berdetik memamah usia. menarik udara sajian dunia. bernafas aku selagi dibenarkan olehNYA. pabila masanya tiba akan ku pergi jua.

kata mereka dunia ini sementara. kerana mati bakal kunjung tiba. tidak kira masa atau tempatnya. bila udara sudah tiada. 

kita bertemu atas izinNYA. berpisah juga kerana hendakNYA. siapalah aku mahu melawannya. sekadar hamba perosak dunia.

engkau datang tanpa ku sangka. membawa cahaya sebenderang purnama. memberi senyuman pada hati hamba. mencipta kenangan untuk hari tua.

bersama engkau aku gembira. bersama engkau segalanya permata. bermula teman bertambah mesra. sehingga hati ini engkau yang punya.

sekian lama kita bersama. pelbagai memori dilakarkan kita. tidak semuanya indah belaka. tetapi segalanya terpahat didada. 

tetapi aku belum kenal dunia. engkau sudah matang akalnya. segalanya bermula bila kau tiada. aku terjatuh dengan godaan dunia. 

mulanya aku tak hirau semua. engkau hanya engkau jua. gembira itu ada dimana mana. menarik balang udara segalanya selesa. mencuci paru paru kata mereka. aku cuma ikutkan sahaja. masa terhenti buat seketika. aku tinggi terbang diudara. mencapai angkasa dengan gembira. terpaku aku dengan godaan dunia. minda ku terbang melayang layang. wajahmu hilang dalam khayalan.

terlalu lama aku terbang melayang. aku yakinkan hati segalanya tenang. wajahmu tiada lagi terbayang bayang. segalanya indah bak kenyalang. 

terjatuh aku kedalam perigi. barulah aku sedarkan diri. segalanya ini semua mimpi. rebah aku tak daya berdiri. berpijak kembali dibumi ini. sejuk tanah terasa kembali. ketanah jua tempatku kembali.

merangkak aku mencari abadi. meronta aku membersihkan hati. yang hitam tak bernilai lagi. wajahmu kembali menghantui diri. 

aku tahu engkau sudah membawa diri. aku pasti engkau kembali gembira lagi. walaupun aku masih disini. ditakuk lama tak mahu pergi.

aku cuba gembira kembali. aku cuba tersenyum kembali. aku cuba ceriakan hati ini. aku cuba dan cuba lagi. 

tiada cahaya sebenderang sinaranmu. tiada senyuman semanis wajahmu. tiada tawa menggembirakan hatiku. engkau hanya engkau jua. 

aku tahu aku terlambat lagi. masa tetap akan pergi. walaupun kutambat kupintal mati. masa tetap takkan kembali.

maafkan aku atas kesilapanku. memijak hatimu tanpa peduli. membakar segala senyuman manismu. memilih jalan membuta tuli. 

aku tahu kau takkan kembali. sampai masanya aku bangun berdiri. tinggalkan takuk yang berduri ini. walaupun perit menusuk hati. tetap berharap bersamamu kembali. walaupun itu takkan terjadi. 

maaf jika karutan aku mengganggumu. aku hanya menzahirkan yang lama terbuku. engkau hanya engkau jua. ini untukmu. selamat hari lahir si gadis ayu.